Jumaat, 26 Februari 2010

 Pada 24 Februari 2010 bersamaan 10 Rabiulawal 1431 Hijrah telah dilangsungkan Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat SAM Rawang yang dianjurkan oleh Bidang Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR Samer.Program ini diadakan sempena menyambut kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,dengan bertemakan "Rasulullah sebagai qudwah hasanah".Banyak aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut, antaranya perarakan para pelajar, ceramah maulidur rasul dan soal jawab kuiz.Dengan adanya program seperti ini rasa cinta dan sayang terhadap Rasulullah tidak pudar,insya Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan