Jumaat, 18 Mac 2011

 MAJLIS SAMBUTAN MAULID RASUL

Sambutan Maulidur Rasul disambut pada setiap tahun oleh warga Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER). Banyak acara yang diadakan bagi menyambut majlis ini. Pada hari Jumaat majlis utama diadakan. Bermula dengan perhimpunan ringkas, kemudian bersurai kepada pecahan-pecahan halaqah usrah yang dikendalikan oleh para naqib tingkatan lima. Kemudian para pelajar berkumpul semula di Dataran Salman Al-Farisi. Maka berlangsunglah majlis perarakan maulidur rasul. Setelah itu, para guru dan pelajar berkumpul di dalam Dewan Besar Umar Abdul Aziz mendengar ceramah dari penceramah jemputan luar. Kemudian diikuti pula dengan pertandingan kuiz dan penyampaian hadiah.   












Tiada ulasan:

Catat Ulasan