Ahad, 7 Jun 2009

Kisah Cawan
Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering
ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Al-kisah bermula…
Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah
buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu,"
kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujarsi datuk.
     Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,
"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum
menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna.Namun
suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar.
Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak.
Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang.
Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku.
Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan
kuat.
   Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku
dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata
Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya
begitu memualkan.
   Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia
memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih
panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak
sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah
puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik
mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca.
     Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku
hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua
kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu
terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui
keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi
inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.
Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak
ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup,

jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang
menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya
Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat). Semoga bermanfaat..Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan