Khamis, 16 Julai 2009


Bertemakan "Transformasi Identiti dan Jatidiri" , Ibadah Quality Week (IQ Week) tahun ini sekali lagi bertemu dengan warga SAMER bagi mewujudkan suatu persekitaran yang boleh menjadi satu Wahana Transformasi Ummah.Objektif program ini adalah untuk :-

- Memperkasakan sifat taqwa kepada Allah
- Membekal kekuatan menjauhi kemungkaran
- Bagi memberi kesedaranterhadap manfaat masa dan umur ke jalan berguna

Bertarikh 29 JUN 2009 - 9 Julai 2009, IQ Week kali ini dipanjangkan lagi kepada dua minggu bagi mencapai tema sebenar IQ Week tahun ini...
Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan jayanya dan berikut adalah antara program-program yang berjaya dijalankan di dalam IQ Week

- Morning Talk
- Qiamullail Perdana
- Movie Prime Time
- Ceramah Bicara Ad-Den
- Nasyid Interform
- dan banyak lagi..

Terima Kasih kepada semua warga SAMER yang telah bersama-sama menjayakan IQ Week tahun ini.. Sekalung Penghargaan Kepada Ust Haider selaku Ex-Oficcio program dan EXCO-EXCO BADAR yang bertungkus-lumus menjayakan program ini...
Tidak lupa juga kepada Ust Afifi, Ust Khairuddin, Ustazah MasHitah, Ustazah Dewi, Ust Yusri, Ust Hidir, Ustazah Zaimah, Ustazah Zawatil, Ustazah Amaliah dan guru-guru SAMER lain yang banyak membantu....
Moga usaha anda ini semua akan diredhai ALLAH sepanjang hayat....Syukran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan